Friday, August 20, 2010

Anak Pasca Merdeka

Tanggal 31 bulan 8 tahun 1957...ya kita merdeka, sudah hampir 53 tahun kita merdeka, bebas dari penjajahan kuasa asing, kita berdiri teguh bersatu dalam mendirikan negara Malaysia tercinta ini, mungkin aku tidak mengerti bagaimana perasaan sebenar mencapai kemerdekaan ini seperti generasi-generasi kita yang terdahulu sehingga sanggup mengadai nyawa untuk membebaskan diri daripada kuasa asing ini, tetapi aku menghargainya. 

Namun bagiku, generasi muda sekarang masih lagi di jajah kuasa asing, bukan dari segi fizikal, tetapi dari segi mental. Ramai generasi-generasi sekarang terikut-ikut budaya asing sehingga lupa akan identiti asal mereka. Lupa akan agama mereka, lupa akan budaya mereka, lupa akan asal usul mereka. Memang dari dulu lagi penjajah ini tidak mahu memerdekakan kita. Kita telah di tipu, di tipu dengan mengatakan kita sudah merdeka akan tetapi sebaliknya. 

Mengapa aku mengatakan perkara sedemikian?, tidak perlu berhujah panjang lebar mengenai penjajahan minda ini kerana kita dapat mendengar atau pun membaca nya hampir tiap-tiap hari di media masa. Aku mengambil satu contoh yang kebelakangan ini semakin menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan iaitu kes buang bayi yang kebanyakannya dari masyarakat melayu, kesian melihat anak kecil yg sudah di tiupkan roh kedalamnya akan tetapi tidak sempat melihat dunia ini. Siapa mahu dipersalahkan?remaja yang terlanjur?ibu bapa?masyarakat?...memang sepatutnya remaja yang dipersalahkan kerana membuang anak yang tidak bersalah itu tapi wajarkah kita menyalahkan 100% kepada remaja yang terlajur tersebut?

Cuba kita fikir sejenak, mengapa kes-kes sebegini berlaku?, tidak lain dan tidak bukan iaitu keruntuhan akhlak moral dan kurangnya didikan agama.  Tetapi mengapa pula ini berlaku?apa kaitannya dengan merdeka?, sememangnya berkaitan. Minda remaja sekarang di jajah, di jajah dengan menggunakan media masa seperti TV, Internet, Radio dan macam-macam lagi aplikasi lain yang di guna oleh penjajah sebagai senjata utama mereka meruntuhkan akhlak anak muda. Di dedahkan dengan gaya kehidupan yang bebas, pergaulan lelaki dan perempuan tiada sempadan, pendedahan aurat, Sex dan porn boleh di dapati sekelip mata, muzik yang berkaitan dengan cinta berleluasa, ajaran-ajaran yang menyimpang dari agama semuanya boleh didapati dengan hanya memetik jari.

Ini lah antara salah satu cara penjajah menjajah minda kita dan sekaligus "brainwash" minda generasi sekarang dengan cara hidup bebas mereka sehingga mereka lupa dengan agama. Bagaimana pula dengan peranan masyarakat? iya, sememangnya masyarakat itu sendiri telah dijajah mindanya. Tidak mahu kisah tentang jiran-jirannya yang bersebelahan, mempamerkan cara hidup yang bebas bukan dengan landasan agama....ada pun segelintir masyarakat yang masih lagi bepegang teguh dengan ajaran agama...tetapi bilangannya terlalu kecil dan tidak dapat melawan kuasa asing yang terlalu kuat ini.

Jadi bagaimana hendak melawan kuasa asing yang menjajah ini? Sememangnya ia tidak akan berhenti menjajah melainkan kita sendiri bangun dari tidur yang lena dan bangkit menentang penjajahan minda ini. Bangun lah rakan-rakan seperjuangan, jangan kita lalai dan lemah dengan penjajahan ini, bangkitlah dan persoalkan setiap perkara yang di masukkan kedalam minda kita oleh penjajah asing ini. Jika ada keraguan rujuklah dengan Al-Quran...kerana ia adalah sebaik-baik rujukan yang ada di dunia ini.

p/s : gambar lama..so selamat hari kemerdekaan yang ke 53...hehe bukan 50

No comments:

Post a Comment